Friday, July 31, 2009

Erk..antara 2??

Alhamdulillah...

aku diberi lagi kesempatan untuk share sumthing yang aku rasa sangat2 berguna

untuk para muslimah di luar sana yang selalu sangat sekarang nie kita dengar tentang kompius

dalam percintaan...ayat yg senang nak faham, antara dua...maner satu nak pilih...

Kerap sangat sekarang ni, kalu dalam segmen tanyakan masalah, terjebak dengan suami orang, tak

tahu nak pilih A ke B..n etc

Jadi, kat cnie, ader satu nasihat yang cukup mudah dan bagi aku amat berkesan dalam diri aku

sendiri... Dari ustaz Abu Saif@ saifulislam.Com..

sama-samalah kita renungkan...



SOALAN

“Assalamualaikum ustaz.

Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.

Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.

Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.

Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami. Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.

Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.

Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.

Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.

Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Gadis KL”



JAWAPAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.

Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.

Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.

lilin

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.

Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hari nie aku nak berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan panduan untuk kita bersama.

Minggu lepas, kami dikejutkan dengan berita pemergian anak salah seorang warga di kampus nie..

baby lagi...dan sepanjang minggu tersebut, memang perkara normal seorang ibu menangisi

pemergian anak yang di kandung selama 9 bulan 10 hari...kesusahan dan kepayahan

mengandung masih terasa.

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat

proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat

berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan

serba serbi jadi tidak kena.

Itulah realitinya sebuah kehamilan.




kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan

diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.

Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai,

memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang

kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih

sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya

berkuasa.

Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah

dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.

Anak adalah titipan Allah. Itu sebabnya kita tidak boleh buat apa2 saat sang empuNya

memanggil kembali seorang anak dengan 1 tujuan, mencintainya secara penuh dan dengan kasih

yang sempurna.

Anak itu titipan Allah, itu sebabnya kita seperti tidak mempunyai ‘hak’ atas seorang anak,

tetapi punya kewajiban penuh untuk mendidiknya sebaik mungkin karena ia dititipkan sang

Pencipta dalam perlindungan kita di dunia.

Pabila Allah menjemputnya kembali, sebenarnya anak kita tu akan menunggu kita ketika

akhirat kelak. Bersabarlah..

Itulah antara kata-kata nasihat yang sempat diberi kepada si ibu... Lepas itu, barulah nampak

ketenangan di riak wajah kakak tue... Al Fatihah kepada anak beliau...










Buat pasangan yang menginginkan cahaya mata, amalkanlah doa di bawah nie yer..(tuk aku gak)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini