Tuesday, October 13, 2009

i feel not so gud

Tak tau nak cakap macam maner...it still hapen all da time... Bila jadi tu aku rasa cam abandon giler... Sebak jangan cakap la... Penat perasaan nie lagi parah dari penat fizikal... Sekurang2 nya penat fizikal, nak hilang tu g tdo, hilanglah rasa tue bila dah tdo... kalu penat perasaan nak tdo pun tak boleh...

Menghitung hari nak balik tu yang tak semangat dah...

Sabar...

Sunday, October 11, 2009

Bersabarlah wahai hati

Rasanya inilah first wekend yang aku spend kat IPTI without any formal
occasions..Normally mesti aku balik umah nyer lah... Usually segamat la...
So far, only twice aku blk perak, not including cuti raya..that 1 musti mau
balik punyer...Rasa2nya lah, wekend ni baru rasa terhenti sekejap dari
membuat segala jenis assignment n kijer.. also presentation n report...
cuti kali nie sumer tutup buku n went somewhere else menghirup
udara segar...including me! Tutup buku jap...malam kang kena
tgk balik...huhuhu Belajar rajin2...Jgn main2...sekejap jer... kata2 keramat yang aku selalu
dgr from my husband... Hanya Allah jer yg tahu camno rasa nyer sekarang... Tetiba aku rasa
down gler... With all those assignment yg cam tak cukup tangan, kaki, otak yg berfikir n sumer
pancaindera yang perlu kitorang gunakan tuk siapkan... Nak nangis? Tidak2... Aku try lagi
to accept.. N 1 of our energetic fren, tetiba jer kitorg tgk dier nangis masa PJ hari tuh... nampak
sangat dia dah tak larat nak tahan sumer nih... sedih tgk...maner yg dh ader life sendri..maner nak
fikir anak lagi... hai, hope sumer dapat bertahan k...we choosed already...sabar, redha, tabahkan
hati Tak lamer dah... Chaiyok2 guys...support each other...
"Di Sabah senang, Di sarawak senang, Di mana2 hati guru senang..."

Tuesday, September 15, 2009

RINDUNYER KAT ORG NIE....


Rindu tul kat mak...

Rayer kali nie tak dapt raser rendang mak...isk... thn nie 1st time la aku beraya kat luar dr umah...with some1 special ...takuit nyer... by the way, dah besar2 nih, until now aku takder lg la bj aper nak pakai raya... beza tul dgn masa dolu2... skrg nih kalu takder kasut lagi, dah mcm tak nak beraya jer...

yg aku ingat dolu2 mak jer yg jahit baju kami adik beradik...save budget kan... yg pasti baju aku ngan iqa(adik yg bawah aku) mesti samer..cam kembar lak (even kain dier lebih lg dr aku) ... takpun corak samer...tp warna jer lain....

erm...
Special tuk mak
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin.... Ampunkan salah silap ida... Ida selalu doakan kebahagiaan mak dunia akhirat... Semoga semua impian mak akan termakbul...








Saturday, September 12, 2009

Tragedi

Lamer rasanyer dh tak menulis kat cni...kekangan masa n masalah kesihatan aku yg kurang

baik...masa sedang kecoh2 H1N1,aku demam sehingga suhu 40 ... alhamdulillah takder aper2 yg

jadi pada aku...cuma aku terkilan sebab masa tue banyak sungguh tugasan untuk aku submit

minggu tue...kesian pulak kat kawan2 yg kena buat part aku...sori guys..thanx sbb sudi faham

situation aku..hanya Allah yg mampu membalas semuanya...

hari nie, kelas aku sgt kelam kabut...kami terkejar2 ke sana sini, tiba2 las minit baru koordinator

bgtau kelas tak ader...masyaAllah...frust sbb sepatutnya mereka ni perlu bertanggungjawab

lebih ...consider la kat kami yg menjalani ibadah puasa nie... blok baru tu jauh... kena

berjalan ketika panas terik...pg2 tenaga dah habis di padang...3round kena lari...

dugaan betul...

ader juga insan2 yg bile susah dtg minta tolong...biler kiter dh tolong, tiba masa kiter pulak

mintak tolong, buat2 mcm tak kenal la pulak... mcm tak pernah jumpa... padahal

tiap2 hari dok ngadap muka yg tu jugak...tak faham betullah aku org yg macam nie...

patutnya awak respek la skit kakak yg aku rasa byk berjasa tu...when u need some one, she

alwiz be there for u...when she needs some help, ???

bulan yg mulia nie, ubah2 sikap tue...jgn suka nak bermuka2...sekali dua buat org tahan lg...

lamer2 esok, wallahhu'alam...semoga kita bersama2 bermuhasabah diri...aku pun bukan

sempurna...tp crilah kesempurnaan itu agar kita sentiasa di landasan yg benar...

Selamat Mencari Lailatul Qadar...

Friday, July 31, 2009

Erk..antara 2??

Alhamdulillah...

aku diberi lagi kesempatan untuk share sumthing yang aku rasa sangat2 berguna

untuk para muslimah di luar sana yang selalu sangat sekarang nie kita dengar tentang kompius

dalam percintaan...ayat yg senang nak faham, antara dua...maner satu nak pilih...

Kerap sangat sekarang ni, kalu dalam segmen tanyakan masalah, terjebak dengan suami orang, tak

tahu nak pilih A ke B..n etc

Jadi, kat cnie, ader satu nasihat yang cukup mudah dan bagi aku amat berkesan dalam diri aku

sendiri... Dari ustaz Abu Saif@ saifulislam.Com..

sama-samalah kita renungkan...



SOALAN

“Assalamualaikum ustaz.

Saya sudah membaca buku ustaz, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga. Terima kasih atas buah tangan ustaz yang banyak membantu saya menempuh kehidupan. Teruskan menulis.

Saya ada satu masalah peribadi yang sangat rumit, dan saya memerlukan pandangan daripada ustaz.

Saya sudah bertunang semenjak setahun yang lalu. Tunang saya adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi kami tidak pernah berjumpa dalam erti kata keluar makan atau bersiar bersama-sama. Hanya sesekali berhubung dengan telefon dan sms. Saya di Kuala Lumpur dan beliau bekerja jauh di seberang.

Masalah peribadi yang saya maksudkan ialah, saya jatuh hati dengan seorang jejaka di tempat kerja saya, dan beliau pula ada suami orang. Kami sering bertemu di tempat kerja, dan urusan kerja seharian rupa-rupanya tanpa sedar membibitkan percintaan di antara kami. Saya tahu yang beliau suami orang dan beliau juga tahu yang saya sudah bertunang. Tetapi kami tidak dapat membohongi diri masing-masing tentang perasaan ini.

Saya khuatir perbuatan saya ini menzalimi tunang saya dan isteri jejaka tersebut.

Saya sudah puas bersolat hajat meminta petunjuk dari Allah, membaca al-Quran dan berdoa, tetapi saya masih belum mempunyai kekuatan untuk menolak cinta ini.

Saya memerlukan satu nasihat yang tegas dan kuat dari ustaz. Mudah-mudahan dengan nasihat itu saya bertemu dengan kekuatan yang tidak saya temui selama ini.

Terima kasih atas kesudian membaca email saya. Harap ada balasan daripada pihak ustaz. Saya setia menanti.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Gadis KL”



JAWAPAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh.

Terima kasih atas kiriman email saudari. Terima kasih juga kerana membeli dan membaca buku saya.

Sesungguhnya segala yang perlu diperkatakan, telah saya perkatakan di dalam kedua-dua buku yang saudari baca. Justeru jika saudari masih memerlukan satu nasihat lain yang lebih tegas dan kuat dari saya, hanya yang satu ini sahaja yang belum saya nukilkan.

lilin

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari.

Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hari nie aku nak berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan panduan untuk kita bersama.

Minggu lepas, kami dikejutkan dengan berita pemergian anak salah seorang warga di kampus nie..

baby lagi...dan sepanjang minggu tersebut, memang perkara normal seorang ibu menangisi

pemergian anak yang di kandung selama 9 bulan 10 hari...kesusahan dan kepayahan

mengandung masih terasa.

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat

proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat

berpintal-pintal di kaki (varicose vein), tubuh bengkak air (water retention), sakit pinggang dan

serba serbi jadi tidak kena.

Itulah realitinya sebuah kehamilan.




kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan

diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.

Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai,

memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang

kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih

sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya

berkuasa.

Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah

dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.

Anak adalah titipan Allah. Itu sebabnya kita tidak boleh buat apa2 saat sang empuNya

memanggil kembali seorang anak dengan 1 tujuan, mencintainya secara penuh dan dengan kasih

yang sempurna.

Anak itu titipan Allah, itu sebabnya kita seperti tidak mempunyai ‘hak’ atas seorang anak,

tetapi punya kewajiban penuh untuk mendidiknya sebaik mungkin karena ia dititipkan sang

Pencipta dalam perlindungan kita di dunia.

Pabila Allah menjemputnya kembali, sebenarnya anak kita tu akan menunggu kita ketika

akhirat kelak. Bersabarlah..

Itulah antara kata-kata nasihat yang sempat diberi kepada si ibu... Lepas itu, barulah nampak

ketenangan di riak wajah kakak tue... Al Fatihah kepada anak beliau...










Buat pasangan yang menginginkan cahaya mata, amalkanlah doa di bawah nie yer..(tuk aku gak)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 15, 2009

Bidadari dari Timur

Aku baru jer habiskan bacaan ku...Bidadari dari Timur..Memoir isteri seorang pejuang...
banyak kata2 yang aku suka dalam nie..n aku rasa Tuan Sabariah nie byk bg tips sebenarnya camner nk jaga kerukunan rumah tangga..
kiranya macam aper yg beliau praktikkan dalam mengekal keharmonian rumah tangga di samping menjadi tulang belakang seorang pejuang..
Mula2 buku nie keluar dalam iklan maner aku tak berapa pasti... Tapi mmg aku berusaha nak dptkan walau tak setebal maner..tp sebab ader macam tarikan jer dr tagline buku nie yg menyebabkan hati aku meronta2 nak dapatkan gak.. its really hard..
aku tak tau naper mcm ader hijab jer tuk aku beli..samer ader mmg tempat yang aku cari mmg tak jual or aku tak nampak aku tak sure...
at last aku jumper gak kat plaza Angsana Jb nie..tagline muka depan , kat kulit buku nie, Epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani...mmg bez..tp mcm tak puas sbb sekejap jer dh habis...
tp tips mmg byk...walaupun benda2 yg biasa kita dgr dr bku2 lain, tp kali nie mmg aku tersentuh hati...
macam tak cukup maser jer aku nk tulis my first entri nie...sok ader exam...kat cnie aku nak titipkan sumthing yg aku dpt from diz special book..

kata orang, "Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan. Tapi aku katakan, " Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit. "


Khas buat ibu ku tersayang, Nor Maimon Mat Zaman..andai mak terbaca, ida cuma nak cakap yg ida sayangkan mak....semoga mak akan sentiasa tersenyum dlm lindungan rahmatNya..

To my hubby... maaf andai smp skrg tak dpt nk jd isteri yg sempurna...sokongan mu amat2 ku hargai...